RSS

Yeaayyy!!! Holiday again!!

Happy nye!! at last we did plan our holiday...yes! kali ni kami ke jakarta and bandung in june 2011...so many plan for next year..x tau la sempat ke x ni..ngan assingment yang melambak..sempat lagi aku bercuti2 ke sana sini..hehhe..bulan 2 ke langkawi.. bulan 3 ke tioman and bulan 6 ke indo hurmm and i was thingking bulan 11 ke bangkok pula...busy nye saya..hehhe...anyway macam ni la jadinya bile 2010 x dapat tunaikan wish aku..so 2011 sebagai revenge nye..and hopefully 2012 aku dapat balik ke negara yang aku impikan.....hope 2011 will bring me joy and happines!! all the best everyone..

Ya Allah..........

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

People Change!!!

Alhamdulilah....akhirnya hasrat di hati ini tertunai jua...tadi aku kuar gan cousin kesayangan ku Farah Nasuha...thanks to her a lot untuk malam ni coz teman kan aku shopping shawl and scarves...habis duit aku..huhu..takpe kalau hati tu dah terniat nak bubah duit itu bukanla satu ukuran...nak bubah menjadi lebih baik adalah lebih susah dari mencari rezeki..jadi bape banyak duit aku kuar..x kesah la..janji niat di hati ini tertunai..cuma skunk kenala betul2 tekad..insyaallah mudah2an Allah memberi ku kekuatan dan semangat yang kuat...sekeras mana hati manusia itu..satu hari nanti ia tetap akan cair jua....hidup ini miliknya...segala naluri ini juga pemberian darinya...mudah2an ia makbulkan segala keinginan ini...

Bila Hati dan akal bicara cinta... sedihnye....


Terlihat ku satu artikel ni...terdiam dan terpaku....untuk ku renung2 kan... bila akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta.. sama2 kita kongsikan....
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya.. ( "sama sepertiku...")
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
aku : ( hampir di dalam setiap doaku, namanya ku sebut....mendoakan agar dia jodoh yang terbaik      untuk ku.....)
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipat  gandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Aku: ( sekali lagi aku tertunduk.... terpaku seketika...aku malu...malu padanya...)
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal..... ya Allah bimbing la hamba mu ini....sesungguhnya hati ini benar2 jahil tanpa iman dah hidayah mu ya Allah....sematkan la cinta ini melebihi cinta terhadap mu melebihi cinta ku sesama manusia....moga ku memperolehi rahmat mu Ya Allah...amin...
Erti sebuah persahabatan....persahabatan itu memerlukan kefahaman antara satu sama lain..menjaga antara satu sama lain serta menghormatinya..susah utuk kita memiliki sahabat seakhir hayat...lagi2 zaman sekarang..manusia berubah bagaikan angin yang dtg..kejap barat kejap selatan lagi teruk time puting beliung..hurmm...paham kan je la ya maksud ni...sukar untuk kita miliki sahabat yang benar2 ikhlas..dan sanggup megharungi suka duka senang susah..segalanya bersama...sini ade ku sertakan sekali pedoman mencari sahabat....


IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.


Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. 

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.

Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”



semoga kita sama2 memiliki sahabat yang sejati ......

Baik- baik sayang.....

lagu ni suka sangat...entah nape aku suka pun aku x tahu...i just like the liric..coz sgt romantik..heheh here the liric aku sertakan sekali... :


Lirik Lagu Wali Baik-Baik Sayang

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

reff:
hanya satu pintaku 
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

repeat reff

usrah di KLIUC....

Alhamdulilah....hampir 3 minggu aku tak pg surau..dapat jugak ilmu2 baru...hati ni bertambah yakin dan tenang sahaja....harini kami belajar mengenai udara...bertapa nikmatnya udara yang kita miliki hari ini...selama ini aku buta..buta hatiku..buta akalku...kelu lidahku..dengan keaggungan ciptaanya..Allah maha kaya..kaya dengan segala ciptaanya..aku bersyukur dengan segala atas nikmat mu Ya Allah...seketika..aku berfikir sejenak..selama ini aku hidup dengan segala limpah kurniaanya..tapi penah kah aku bersyukur ke atas segala kurniaanya..aku leka..aku lalai..banyak yang telah ku pelajari dari usrah hari ini..aku sedar aku hanyala milik yang esa..aku dihidupkan...dan kepada mu juala aku dikembalikan..semoga hati ini lebih damai dalam mencari secebis keinsafan..moga Allah membimbing ku...Amin...

"Adakah kamu.....??" CINTA??

"Adakah tapak tanganmu berkeringat,
hatimuberdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? '

Itu bukan Cinta, itu SUKA.

"Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandanganmata darinya?'

Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


"Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?

Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.


"Adakah kamu mencintainya kerana itulah yangdiinginkan semua orang?

Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.


"Adakah kamu tetap mengatakan kamumenyintainya kerana
kamu tidak ingin melukaihatinya?

Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.



"Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hatimu melompat?

Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


"Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


"Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari
hanya dia yang kamu fikirkan?

Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


'Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi
untuk kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


Tetapi
"Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami …
menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?

ITULAH CINTA.


"Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itubahagian dirinya dan siapa dirinya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.


"Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

Jika demikian, ITULAH CINTA.


"Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?

ITULAH CINTA.


"Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?

ITULAH CINTA.


"Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?

ITULAH CINTA.


"Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu
mendalam sehingga menusuk?

Yang demikian itulah namanya CINTA......